Cara Permohonan i-Sinar Oleh Pencarum KWSP

Kerajaan dah umumkan boleh keluarkan akaun 1 KWSP anda. Ni step by step macam mana cara nak mohon. Yang tiada i-Akaun pun boleh buat melalui online sahaja.

Pencarum Tanpa i-Akaun.

Berikut adalah cara buat permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu login i-Akaun:

  1. Pergi ke portal i-Sinar KWSP (akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat).
  2. Sila klik PERMOHONAN BAHARU.
  3. Isikan nombor MyKad.
  4. Umur mesti bawah 55 tahun semasa permohonan.
  5. Isikan Nombor Telefon Bimbit, Email, Alamat Rumah, Poskod, Bandar dan Negeri.
  6. Pilih Amaun yang diperlukan (maksimum RM10,000 mengikut syarat).
  7. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank yang anda gunakan.
  8. Pilihan Bank. Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa).
  9. Pastikan nombor akaun bank tersebut aktif dan betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah.
  10. Muat turun Dokumen Bukti Pendapat Terjejas.
  11. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
  12. Klik HANTAR.

Pencarum Yang Mempunyai i-Akaun.

Berikut adalah cara buat permohonan pengeluaran i-Sinar melalui i-Akaun:

  1. Pergi ke website tersebut dan log masuk i-Akaun: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Klik PENGELUARAN.
  3. Klik PERMOHONAN BAHARU.
  4. Pilih i-SINAR.
  5. Baca syarat & terma. Kemudian klik OK.
  6. Klik SETERUSNYA.
  7. Pilih amaun yang diperlukan (maksimum RM10,000 mengikut syarat).
  8. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank yang anda gunakan.
  9. Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa).
  10. Pastikan akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah.
  11. Sila buat semakan Butiran Maklumat.
  12. Muat turun Dokumen Bukti Sokongan Pendapatan Terjejas.
  13. Sila sahkan bahagian Pengesahan Permohonan.
  14. Klik SETUJU. Klik permohonan TAC kemudian masukkan nombor TAC yang anda terima melalui SMS.
  15. Klik HANTAR.

i-Sinar KWSP, gunakan duit anda dengan sebaiknya. Contohnya sebagai deposit pembelian rumah / hartanah.