Apa Itu LPPEH / BOVAEA?

lppeh-bovaea

LPPEH adalah singkatan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta. LPPEH merupakan badan yang bertanggungjawab untuk mengawal selia Penilai, Pentaksir, Ejen serta Pengurus Harta Tanah di Malaysia.

LPPEH  juga dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai  BOVAEA (Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers).

LPPEH adalah sebuah agensi di bawah Kemeenterian Kewangan Malaysia yang ditubuhkan pada 6 Februari 1981. Penubuhan LPPEH adalah Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 (Akta 242).

Fungsi LPPEH antaranya adalah :

1. Menyimpan dan menyelenggarakan Pendaftaran Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta, Penilai Percubaan dan Ejen Estet Percubaan dan firma Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah.
2. Untuk meluluskan dan menolak permohonan pendaftaran.
3. Mengadakan prosiding tatatertib.
4. Untuk menjalankan peperiksaan.
5. Untuk menetapkan Skala Yuran.
6. Untuk mengatur Tingkah laku / Etika Profesional Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta.
7. Untuk memberi biasiswa

Maklumat lanjut boleh klik pada pautan berikut, www.lppeh.gov.my

LPPEH juga menyediakan fungsi carian Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta yang berdaftar, search.lppeh.gov.my